Assalamualaikum dan Hi..
Hari ini hari Ahad. Selalunya hujung minggu pasti saya akan pulang ke rumah. Tapi hari ini, saya memilih untuk tinggal di hostel dan menghabiskan masa dengan berfikir dan membaca. Ramai orang yang bertanya, kenapa tidak balik ke rumah je. Kan rumah dekat..Hmm....Kadang-kadang, saya rasa saya perlu juga untuk berjauhan dengan keluarga. Biar ada perasaan rindu. (noktah!).
MASALAH...masalah...masalah.....Ada tidak manusia di dunia ini yang hidup tanpa masalah? Tiada kan? Kalau ada pun mungkin 1 dalam sejuta. Saya juga mempunyai masalah. Tapi saya pelajari sesuatu. Setiap permasalahan itu pasti ada jalan penyelesaian. Yang penting, kita jangan mengeluh. Saya akui, saya juga selalu mengeluh. Selalu rasa tertekan. Tapi seseorang telah menasihati saya, kenapa kita mengeluh? Adakah dengan mengeluh kita boleh cari jalan penyelesaian? Nothing is impossible.
MARAH! Ya...saya akui saya seorang yang baran. Kadang-kadang saya tidak dapat mengawal emosi saya. Bila keadaan yang sangat tertekan, memang api kemarahan itu semakin membara. Kejadian yang berlaku tempoh hari, membuatkan saya sedikit menyesal kerana menunjukkan kemarahan. I cant control!. Tapi insyaAllah selepas ini, saya cuba untuk kawal. Seseorang berkata pada saya. Diam itu emas. Bila marah cuba untuk diam. Bila dah reda barulah bercakap. The best answer to anger is silence.
PERSEKITARAN. Saya lihat rakan-rakan saya di sini, menjalani kehidupan yang gembira. Saya tahu, masing-masing juga mempunyai masalah yang tersendiri. Tetapi, dengan gembira, sedikit sebanyak pemikiran tentang masalah itu dapat dikurangkan. Laughter is the best medicine kan?
SEMPURNA. Im not perfect. Saya manusia biasa. Saya juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Saya akan cuba untuk perbaiki kesilapan saya. Saya akan cuba untuk menjadi manusia yang lebih baik. Saya akan cuba menjadi seorang anak yang baik. Saya akan cuba untuk menjadi seorang rakan yang baik. Saya akan cuba untuk menjadi seorang hamba Allah yang mentaati segala perintahNya. InsyaAllah...Amin.
p/s: rasa entry kali ini agak heavy...
Nice one, I like this post a lot
ReplyDelete