Saturday, November 6, 2010

Rumah dimana jantung ..eh tak...hati berada...

Assalamualaikum dan Hi

First of all nak wish...HAPPY DEEPAVALI...:).. Bagaimana dengan percutian kamu? Percutian saya biasa-biasa sahaja. Tetapi, setiap hari percutian itu, akan diisi dengan aktiviti-aktiviti..:)

Jumaat
Family datang ambil di Bakti. Bakti sunyi, sebab rakan-rakan pulang ke kampung. Gigih betul kakak Saila balik Perlis walaupun laluan ke Perlis ditutup sebab banjir. Tapi, berkat kegigihan itu, dia selamat sampai di Perlis jam 1.45 pagi!..hehe. Selepas family datang ambil, pergi makan di tempat kegemaran. Dua hari berturut-turut sarapan di sini. PakCik Sempoi Lempiang Pisang Satu Hengget!..haha...Kalau pergi aerobik di PISA, pasti akan singgah di sini. Tapi dah 3 minggu x pergi aerobik. Rindu-rindu! After sarapan, pergi area town. Jalan-jalan di sana. Singgah Penang Plaza untuk beli barang-barang keperluan sikit. Balik rumah, main masak-masak dengan Papa. Bukan senang dapat main masak-masak dengan Papa. So, ambil peluang untuk buli Papa...Haha...Best betul main masa k-masak. Masak makanan yang x tahu apa namanya dan cara nak buatnya. Saya hentam je letak apa yang saya rasa betul. Menjadi juga resipi itu walaupun tidaklah sesedap yang dimakan di EQ. Tidak sempat nak makan banyak, sebab Mama, Papa and Yaya makan banyak. Alhamdulillah they loved it walaupun ada kekurangan. But, belajar daripada kekurangan untuk menghasilkan yang lebih baik untuk masa akan datang. Selepas main masak-masak, jadi bibik sebentar. Penat! Tapi OKAY! :). Petang tu, teman Mama pergi beli barang dia kat Chowrasta...Oh, saya sangat suka tempat itu. Saya suka suasana di sana. Sempat juga pergi Kedai Buku Lama sekali lagi..Sempat juga habiskan duit kat situ. Tapi muj ur habiskan sikit je..sikit je...huhu


Sabtu
Hajat dihati nak bangun lambat. Sebab malamnya tu tidur lambat. Tapi, pagi-pagi lagi dah kena bangun. Papa dan Mama nak shopping for themselves at QB. Dah lama x pergi QB. So, join juga la mereka ke sana. Hati teringin juga nak beli baju, kasut dan bag. Tapi, tahan-tahan!..Jimat-jimat! Kalau kita nak kan sesuatu yang lebih baik, kita kenala berkorban sikit kan...Sabtu tiada apa yang menarik, tapi it was okay.


Ahad

Ahad xnak cerita. Tapi..BEST!



Tamat sudah kisah minggu saya. Hari ini pula tetiba ada banyak kerja! Haihhh

Senyum :)

2 comments:

  1. tak aci!!!!!!!! damn! I miss my activities

    ReplyDelete
  2. aci dari mana? semput dowh! aku ingatkan ali yg akan x larat sebab dia demam. tapi terbalik plak. dia yang jaga aku...wahaha...siap aku rembat lagi roti dia...kihkih..

    ReplyDelete