Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Thursday, November 18, 2010

Muka Bandar Jiwa Kampung


Assalamualaikum dan Hi...

Teman sebilik saya si Nazirah, selalu kata... Nadia ni muka ja bandar, tapi jiwa kampung...haha...Oh, saya dilahirkan di Pulau Pinang. Dibesarkan di Pulau Pinang juga..Dari zaman sekolah sehinggakan sekarang pun masih di Pulau Pinang. Cuma setahun je berhijrah ke Changlun, Kedah. Walaupun saya dibesarkan di bandar, saya memang berjiwa kampung. Dont judge me the way i looked. Judge me the way i am.

Nak tahu kenapa Nazirah kata begitu? :)...Saya suka sangat masakan kampung. Sangat-sangat suka.. Daripada sambal belacan, ikan sungai hinggakan segala pucuk saya suka. Kalau xda lauk, nasi putih dengan ikan masin pun sudah cukup untuk saya..hehe...

Raya aidiladha baru-baru ini, saya pulang ke kampung sebelah mama saya.. My cousins yang kecil-kecil ni, memang tidak boleh duduk diam. Biasalah, kalau pulang ke kampung, mestila diisi dengan aktiviti-aktiviti yang best kan. Bersemangat betul budak-budak ni pergi cabut ubi kayu....Kalau kat pulau, nak cari ubi kayu ni punyala susah...If kat balik pulau, mungkin senang nak dapat. Kalau yang tinggal dekat area-area georgetown, pergi pasar pun belum tentu ada. huhu...Kalau kat kampung, cakap je nak makan masak lemak pucuk paku...Boleh!..masak lemak pucuk ubi...Boleh!..Nak ulam pucuk janggus...Boleh!..Semua ada...Okay, berbalik kepada cerita..budak-budak ni, punyala gigih mencabut ubi kayu...Hajat dihati mereka nak bakar...haha...Tapi Mak Long depa cakap, kita rebus...Haha...Kesian...So, my mama pun rebus la ubi-ubi tu... Lepas dah masak...Ya Allah, sedapnya..empuknya ubi...Lagi sedap makan dengan sambal tumis ikan bilis... Saya dah pujuk-pujuk mama suruh masak..Mama xnak, suruh saya masak...huhu..Tapi mama masak sedap kata saya!..Haha...Last-last, saya prepare semua barang, mama pun masak...saya tolong kacau je...hehe..Ubi kayu rebus and sambal tumis memang SEDAPlahhhhh...makan dengan ikan tenggiri kering pun sedap juga...Aihh..aihhh....Pekena pula dengan kopi O panas....Cakap pasal makanan petang ni, membuatkan rasa lapar la pula...Adoi..:)..Okay,mari kita layan gambar pula...


Jom pergi cabut ubi kayu!


Cangkul jangan x cangkul Eein

Sempat buat PEACE lagi si fina ni...hehe



My Mama tengah kupas kulit ubi kayu

Alahai...rindunya zaman kanak-kanak


Hey Si cantik yang manis!


The End

Have a nice day EVERYONE..:)

Saturday, November 6, 2010

Rumah dimana jantung ..eh tak...hati berada...

Assalamualaikum dan Hi

First of all nak wish...HAPPY DEEPAVALI...:).. Bagaimana dengan percutian kamu? Percutian saya biasa-biasa sahaja. Tetapi, setiap hari percutian itu, akan diisi dengan aktiviti-aktiviti..:)

Jumaat
Family datang ambil di Bakti. Bakti sunyi, sebab rakan-rakan pulang ke kampung. Gigih betul kakak Saila balik Perlis walaupun laluan ke Perlis ditutup sebab banjir. Tapi, berkat kegigihan itu, dia selamat sampai di Perlis jam 1.45 pagi!..hehe. Selepas family datang ambil, pergi makan di tempat kegemaran. Dua hari berturut-turut sarapan di sini. PakCik Sempoi Lempiang Pisang Satu Hengget!..haha...Kalau pergi aerobik di PISA, pasti akan singgah di sini. Tapi dah 3 minggu x pergi aerobik. Rindu-rindu! After sarapan, pergi area town. Jalan-jalan di sana. Singgah Penang Plaza untuk beli barang-barang keperluan sikit. Balik rumah, main masak-masak dengan Papa. Bukan senang dapat main masak-masak dengan Papa. So, ambil peluang untuk buli Papa...Haha...Best betul main masa k-masak. Masak makanan yang x tahu apa namanya dan cara nak buatnya. Saya hentam je letak apa yang saya rasa betul. Menjadi juga resipi itu walaupun tidaklah sesedap yang dimakan di EQ. Tidak sempat nak makan banyak, sebab Mama, Papa and Yaya makan banyak. Alhamdulillah they loved it walaupun ada kekurangan. But, belajar daripada kekurangan untuk menghasilkan yang lebih baik untuk masa akan datang. Selepas main masak-masak, jadi bibik sebentar. Penat! Tapi OKAY! :). Petang tu, teman Mama pergi beli barang dia kat Chowrasta...Oh, saya sangat suka tempat itu. Saya suka suasana di sana. Sempat juga pergi Kedai Buku Lama sekali lagi..Sempat juga habiskan duit kat situ. Tapi muj ur habiskan sikit je..sikit je...huhu


Sabtu
Hajat dihati nak bangun lambat. Sebab malamnya tu tidur lambat. Tapi, pagi-pagi lagi dah kena bangun. Papa dan Mama nak shopping for themselves at QB. Dah lama x pergi QB. So, join juga la mereka ke sana. Hati teringin juga nak beli baju, kasut dan bag. Tapi, tahan-tahan!..Jimat-jimat! Kalau kita nak kan sesuatu yang lebih baik, kita kenala berkorban sikit kan...Sabtu tiada apa yang menarik, tapi it was okay.


Ahad

Ahad xnak cerita. Tapi..BEST!



Tamat sudah kisah minggu saya. Hari ini pula tetiba ada banyak kerja! Haihhh

Senyum :)